Japonik | |
---|---|
Taburan geografi: | Jepun |
Klasifikasi bahasa: | Austric |
Pembahagian: | |
ISO 639-2 / 5: | jpx |
Glottolog: | japo1237[1] |
![]() Bahasa-bahasa Japonik |
Bahasa-bahasa Japonik ialah istilah yang digunakan untuk mengenal pasti bahasa Jepun. Ada beberapa pendapat dari para ahli linguistik yang menyatakan bahawa bahasa ini memiliki banyak ragam dialek yang sebenarnya dapat dikatakan bahasa sendiri, namun biasanya bahasa yang ada dalam keluarga bahasa ini secara lazim dikongsi menjadi 3 bahasa yang menaungi ragam-ragam dialek. Bahasa itu adalah bahasa Jepun dengan ragam dialeknya yang dipertuturkan di kepulauan Jepun utama, bahasa Hachijo di Kepulauan Izu serta Daito dan bahasa Ryukyu dipertuturkan di Kepulauan Ryukyu. Istilah ini diterima baik sebagai istilah linguistik yang dicatat oleh Leon Serafim.[2]
"Japonik" atau "bahasa Jepun-Ryukyu" ialah keluarga bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa Jepun dan Ryukyu. Bahasa turun-temurun ini juga dikenali sebagai "Proto-Japonik".[3] Para cendekiawan bahasa telah membincangkan asal-usul bahasa Japonik yang wujud pada hari ini sebagai gabungan isu berkaitan yang tidak dapat diselesaikan.[4] Hubungan yang paling jelas setakat ini menunjukkan bahasa Japonik mempunyai persamaan toponim di Korea Selatan yang barangkali boleh didapati dalam bahasa Gaya (Kara) atau bahasa lain yang jarang dibuktikan keberadaannya.