Bajau Sama | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bajau Pantai Barat | |||||||
Ling Sama | |||||||
Asli kepada | Malaysia | ||||||
Kawasan | pantai barat Sabah | ||||||
Etnik | Bajau Sama | ||||||
Penutur bahasa | (55,000[1] setakat 2000) | ||||||
Dialek/loghat |
| ||||||
Tulisan Rumi | |||||||
Status rasmi | |||||||
Dikawal selia oleh | Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama (BSBB) | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-3 | bdr | ||||||
IETF | bdr | ||||||
|
Bahasa Bajau Sama (ling Sama) atau Bahasa Bajau Pantai Barat ialah bahasa Austronesia yang dituturkan di pantai barat negeri Sabah, Malaysia, antara Kuala Penyu hingga Kudat. Bahasa ini cabang bahasa Melayu-Polinesia daripada bahasa Austronesia. Bahasa Bajau ini berbeza dengan bahasa Bajau yang lain seperti di Semporna.