Bahasa Hungari Bahasa Majar | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
magyar, magyar nyelv | |||||||
Sebutan | [ˈmɒɟɒr] | ||||||
Asli kepada | Hungary dan kawasan Austria timur, Croatia, Poland, Romania, utara Serbia, Slovakia, Slovenia, barat Ukraine. | ||||||
Etnik | Orang Hungary | ||||||
Penutur bahasa | 13 juta (2002–2012)e18 | ||||||
Ural
| |||||||
Rumi (Abjad Hungary) Braille Hungary Abjad Hungary Lama | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Hungary Kesatuan Eropah | ||||||
Bahasa minoriti dikenali di | Romania Serbia (di Vojvodina) Croatia Slovakia Slovenia (di Prekmurje) Austria (di Burgenland) Ukraine (di Beregove, Mukachevo, Vinogradovo dan daerah-daerah Uzhgorod Kawasan Transkarpation (Oblast Zakarpatska) | ||||||
Dikawal selia oleh | Institut Penyelidikan untuk Linguistik Akademi Hungary Sains | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | hu | ||||||
ISO 639-2 | hun | ||||||
ISO 639-3 | Salah satu:hun – Hungary Modenohu – Hungary Lama | ||||||
ohu Hungary Lama | |||||||
Glottolog | hung1274 | ||||||
Linguasphere | 41-BAA-a | ||||||
Wilayah Eropah Tengah yang bahasa ibundanya bahasa Hungary mewakili majoriti (biru tua) dan minoriti (biru muda). Berdasarkan banci terkini dan Buku Fakta Dunia CIA 2014[1] | |||||||
Bahasa Hungary, Bahasa Majar atau Bahasa Magyar (magyar nyelv (bantuan·maklumat)) merupakan bahasa dalam rumpun bahasa Finni-Yugra, lagi khususnya cabang Yugra yang tiada pertalian darah dengan bahasa-bahasa Eropah Tengah lain. Sebagai salah satu daripada sebilangan kecil bahasa Eropah moden yang tidak tergolong dalam rumpun bahasa Indo-Eropah, bahasa Hungary/Majar banyak meraih minat para pakar bahasa. Bahasa ini ditutur di negara Hungary serta kaum minoriti Hungary di tujuh buah negara yang berjiran dengan Hungary. Nama tempatan bahasa ini disebut magyar [ˈmɒɟɒr̪].
Terdapat kira-kira 13 juta orang yang menutur bahasa Hungary sebagai bahasa ibunda, termasuk 9.5-10 juta orang yang tinggal di Hungary zaman sekarang. Terdapat dua juta orang penutur yang tinggal di kawasan yang dahulunya merupakan sebahagian Kerajaan Hungary sebelum Perang Dunia Pertama, termasuklah kumpulan terbesar yang tinggal Romania, di mana terdapat kira-kira 1.4 juta orang berbangsa Hungary. Penutur bahasa Hungary juga didapati di Slovakia, Serbia, Ukraine, Croatia, Austria, dan Slovenia, serta kira-kira sejuta orang yang tinggal merata tempat di seluruh dunia.