Bahasa Indonesia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Asli kepada | Indonesia | ||||||||
Kawasan | Asia: Indonesia Timor Leste | ||||||||
Penutur bahasa | 300 juta+ jumlah | ||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | Indonesia
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara UNESCO[1] | ||||||||
Bahasa minoriti dikenali di | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dipakai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
Timor Leste (Bahasa Indonesia digunakan sebagai bahasa kerja dan bahasa perdagangan) | ||||||||
Dikawal selia oleh | Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-2 | id | ||||||||
ISO 639-3 | ind | ||||||||
Glottolog | stan1327 | ||||||||
Biru tua: Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi dan biru muda: Bahasa Indonesia sebagai bahasa minoriti. | |||||||||
Bahasa Indonesia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi negara Indonesia. Ianya adalah piawai bagi Bahasa Melayu yang diubah suai dan berevolusi di Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi bahasa rasmi mengikut Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 Pasal 36. Ia juga merupakan bahasa penyatuan (atau "pemersatuan") bangsa Indonesia sebagaimana disebut dalam Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Bahasa Indonesia menjadi salah satu bahasa yang lebih banyak dituturkan di dunia.
Bahasa ini sendiri difahami oleh seluruh warga Indonesia. Walaupun begitu, hanya sebahagian sahaja daripada penduduk Indonesia yang benar-benar menggunakannya sebagai bahasa ibunda kerana dalam perbualan seharian, masyarakat Indonesia lebih suka menggunakan bahasa daerah dan kaum masing-masing sebagai bahasa ibunda seperti bahasa Jawa, Sunda, Betawi, Minangkabau, Melayu tempatan, dan lain-lain.