Bahasa Serbo-Croatia | |
---|---|
Српскохрватски језик Srpskohrvatski jezik | |
Asli kepada | Bosnia-Herzegovina, Croatia, Serbia, Montenegro (di bawah nama yang berbeza) |
Kawasan | Eropah Tenggara atau Balkan |
Penutur bahasa | kira-kira 21 juta (termasuk semua ubahan) |
Indo-European
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | sh (tidak digunakan lagi) |
ISO 639-2 | dahulunya scr, scc |
ISO 639-3 | hbs – Serbo-Croat |
Bahasa Serbo-Croatia (српскохрватски језик, srpskohrvatski jezik) atau Bahasa Serbo-Croat merupakan satu bahasa Slavik Selatan atau diasistem yang lazim di Barat Balkan, digunakan sebagai sebuah istilah payung. Di bawah nama ini bahasa ini adalah rasmi di Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Dalam bentuk piawainya, bahasa ini berdasarkan loghat Štokavia.
Selepas pembubaran Yugoslavia Komunis, bahasa ini dikenali di Republik Persekutuan Yugoslavia (bertukar sebagai Serbia dan Montenegro pada tahun 2003, berpecah kepada Serbia dan Montenegro pada tahun 2006) sebagai Bahasa Serbia, dikenali di Croatia sebagai Bahasa Croatia, dan dikenali di Bosnia-Herzegovina sebagai Bahasa Bosnia. Terdapat satu pergerakan untuk mencipta sebuah Bahasa Montenegro, berpisah daripada Bahasa Serbia. Penggunaan istilah "Bahasa Serbo-Croat" berkurang. Kini, nama Bahasa Serbo-Croat ini merupakan sebuah isu kontroversi disebabkan oleh sejarah, politik, dan kebolehubahan maksud perkataan bahasa.
Kini, Bahasa Serbia dan Bahasa Bosnia menggunakan kedua-duanya tulisan Cyril dan tulisan Rumi, manakala Bahasa Croatia hanya menggunakan tulisan Rumi.