Yunani Koine | |
---|---|
ἡ κοινὴ διάλεκτος | |
Sebutan | (h)e̝ kyˈne̝ diˈalektos ~
i cyˈni ðiˈalektos |
Kawasan | timur Mediterranean dan Timur Tengah |
Kaum | Yunani |
Era | 300 SM – 600 TM (bahasa rasmi Byzantium sehingga 1453); berkembang menjadi Yunani Pertengahan, terpelihara sebagai bahasa ibadat grereja Ortodoks Yunani dan Katolik Yunani[1] |
Bentuk awal
|
|
Abjad Yunani | |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | grc
|
ISO 639-3 | (cadangan untuk menggunakan ecg telah ditolak pada 2023[2]) |
grc-koi
| |
Glottolog | koin1234
|
Yunani Koine (Yunani Koine: ἡ κοινὴ διάλεκτος, rumi: hē koinè diálektos, har. 'loghat biasa'),[a] juga dikenali sebagai Yunani Helenistik, Atika biasa, dialek Iskandariah, Yunani Alkitab atau Yunani Perjanjian Baru, ialah bentuk supraserantau bahasa Yunani yang dituturkan dan ditulis semasa zaman Helenistik, Empayar Rom dan Empayar Byzantium awal. Ia berkembang apabila bahasa Yunani tersebar berikutan penaklukan Alexander Agung pada abad keempat SM, dan menjadi lingua franca di kebanyakan kawasan Mediterranean dan Timur Tengah pada abad-abad berikutnya. Kebanyakannya berasaskan pertuturan Yunani Atika dan Ionik namun lama-kelamaan, ia turut dipengaruhi unsur-unsur dialek Yunani yang lain.[3]
Yunani Koine merangkumi bentuk sastera konservatif kepada bahasa tempatan yang dituturkan pada masa itu.[4] Sebagai bahasa dominan Empayar Byzantium, ia berkembang lagi menjadi bahasa Yunani Abad Pertengahan, yang kemudiannya menjadi bahasa Yunani Moden.[5]
Koine Kesusasteraan menjadi medium penulisan sastera dan ilmiah Yunani selepas zaman klasik, seperti karya Ploutarkhos dan Polibios.[3] Koine juga bahasa Septuaginta (Alkitab Ibrani terjemahan Yunani abad ke-3 SM), Perjanjian Baru Kristian, dan kebanyakan penulisan teologi Kristian awal oleh Paderi-Paderi Besar. Dalam konteks ini, bahasa Yunani Koine juga dikenali sebagai Yunani "Alkitab", "Perjanjian Baru", "gerejawi", atau "patria".[6] Maharaja Rom Marcus Aurelius menulis pemikiran peribadinya dalam bahasa Yunani Koine dalam sebuah karya yang dipanggil Ta Eis Heauton 'Tafakuran'.[7] Yunani Koine terus digunakan sebagai bahasa sembahyang berjemaah di Gereja Ortodoks Yunani dan di beberapa gereja Katolik Yunani.[8]
<ref>
tidak sah, nama "Bubenik" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan