Baibars al-Bunduqdari | |
---|---|
Pengasas Dinasti Bahri | |
Pemerintahan | 1260-1277 |
Pertabalan | 1260, Al-Salihiyya, Palestin |
Nama penuh | al-Malik al-Zahir Rukn al-Din Baibars al-Bunduqdari Abu al-Futuh |
Gelaran | Sultan Mesir dan Syria |
Pendahulu | Saif ad-Din Qutuz |
Pengganti | Al-Said Barakah |
Dinasti | Dinasti Bahri |
Agama | Islam Sunnah |
Baibars, atau al-Malik al-Zahir Rukn al-Din Baybars al-Bunduqdari (Arab الملك الظاهر ركن الدين بيبرس البندقداري ), diberi nama gelaran Abu al-Futuh[1] (Arabic: أبو الفتوح) (1223 – 1 Julai, 1277, Damsyik), merupakan seorang Mamluk yang penting dan Sultan bagi Mesir dan Syria. Beliau merupakan salah seorang komander tentera yang menyebabkan kekalahan teruk Raja Louis IX dari Perancis dalam Perang Salib Ketujuh dan memimpin barisan hadapan tentera Mesir di Pertempuran Ain Jalut yang penting pada tahun 1260,[2] dan menjadi tanda penting kekalahan pertama tentera Mongol. Pemerintahan beliau menandakan permulaan zaman penguasaan Mamluk di Mediterranean Timur dan menyatupadukan pertahanan sistem ketenteraan mereka. Beliau berjaya menunjukan jalan bagi menamatkan kehadiran tentera salib di Syria. Beliau juga telah menyatukan Mesir dan Syria menjadi sebuah negara yang berkuasa dan berupaya menangkis ancaman daripada kedua-dua tentera salib dan Mongol . Sebagai Sultan, Baibars juga memiliki kombinasi kemahiran diplomasi dan tindakan ketenteraan yang mana membolehkan Mamluk meluaskan empayar mereka.