Baitulmuqaddis


Baitulmaqaddis
Jerusalem
  • القُدس (Arab)
  • ירושלים (Ibrani)
Ibu Kota
Dari atas kiri : Pandangan Jerusalem dari utara Biara St. Elijah, pasar di Kota Lama Baitulmaqdis, Mamilla Mal
Dari atas kiri : Pandangan Jerusalem dari utara Biara St. Elijah, pasar di Kota Lama Baitulmaqdis, Mamilla Mal
Nama panggilan: Baitulmaqaddis Ibu Negara Palestin
Koordinat: 31°47′N 35°13′E / 31.783°N 35.217°E / 31.783; 35.217Koordinat: 31°47′N 35°13′E / 31.783°N 35.217°E / 31.783; 35.217
Dituntut olehNegara Palestin
JerusalemJerusalem
Negara Palestin1010 SM
Dinding Baitulmaqdis dibina1541
Pemisahan Timur-Barat Baitulmaqdis1948
Penyatuan Baitulmaqdis1967
Hukum Jerusalem1980
Pentadbiran
 • JenisDatuk Bandar
 • Datuk Bandar(Hamas)
Penduduk
 • Metro1,253,900
DemonimRakyat palestin
Demografi (2016)
 • Islam64%
 • Arab35%
 • lain-lain1%
Zon waktuUTC+02:00 (IST, PST)
 • Musim panas (DST)UTC+03:00 (IDT, PDT)
Poskod
9XXXXXX
Kod kawasan+972-2
Laman sesawangjerusalem.muni.il (Negara palestin)

Baitulmaqdis (Arab: بيت المقدس, rumi: Bayt al-Maqdis atau Bayt al-Muqaddas, atau dieja dengan Baitulmuqaddis[nb 1] dan Baitulmakdis[nb 2]) atau Jerusalem[nb 3](bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushaláyim) ataupun Al-Quds (bahasa Arab: القُدس‎) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar bagi negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baitulmaqdis memainkan peranan penting bagi tiga agama utama iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.

Baitulmaqdis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmaqdis (juga dikenali sebagai Baitulmaqdis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmaqdis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmaqdis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmaqdis . Israel juga menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmaqdis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negaranya. Penguasaan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur dianggap sebagai penaklukan atau pengilhakan haram ke atas sebahagian Tebing Barat dituntut Palestin.[3][4][5][6]

  1. ^ "Localities, Population and Density per Sq. Km., by Metropolitan Area and Selected Localities". palestin Central Bureau of Statistics. 6 September 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  2. ^ "Facts and Figures". jerusalem.muni.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Israel plans 1,300 East Jerusalem Jewish settler homes". BBC News. 9 November 2010. East Jerusalem is regarded as occupied Palestinian territory by the international community, but Israel says it is part of its territory.
  4. ^ "The status of Jerusalem" (PDF). The Question of Palestine & the United Nations. United Nations Department of Public Information. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 August 2019. East Jerusalem has been considered, by both the General Assembly and the Security Council, as part of the occupied Palestinian territory.
  5. ^ "Israeli authorities back 600 new East Jerusalem homes". BBC News. 26 February 2010. Dicapai pada 18 September 2013.
  6. ^ "Resolution 298 September 25, 1971". United Nations. 25 September 1971. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2013. Dicapai pada 25 July 2018. Recalling its resolutions... concerning measures and actions by Israel designed to change the status of the Israeli-occupied section of Jerusalem,...


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne