Bandar Al-Wathiqu Billah (Jawi: بندر الواثق باللّه) adalah merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia yang terletak di Kampung Baroh Tok Jiring seluas 187.76 hektar.[1] Sebelum 2023, bandar ini hanya dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kuala Nerus sebelum dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin pada September 2023 dengan nama Bandar Al-Wathiqu Billah sempena nama baginda[2]