Taiping
تايڤيڠ தைப்பிங் Klian Pauh | |
---|---|
Ibu Daerah | |
Nama panggilan: Bandar Warisan & Bandar Hujan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Larut, Matang & Selama |
Pentadbiran | |
• Jenis | Perbandaran |
• Yang Dipertua | Encik Khairul Amir Bin Mohamad Zubir, AMP [1] |
• Orang Besar Jajahan | YABhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Seri Haji Wan Ahmad [2] |
• Pegawai Daerah | Mohamed Akmal bin Dahalan[3] |
• Wakil Rakyat | TAMIL ARRSAN [4] |
• Penghulu Mukim | Tuan Haji Shaharuddin bin Harun[5] |
Keluasan | |
• Jumlah | 186.46 km2 (71.99 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 212,562 |
• Kepadatan | 1,197/km2 (3,100/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 34xxx |
Kod kawasan | 05 |
Laman sesawang | Majlis Perbandaran Taiping (MPT) |
Bandar Taiping merupakan bandar warisan bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga dengan ukuran yang bersaiz kecil .
Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar Chola dan Paandiyas di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur.