Bandar Universiti Pagoh
باندر اونيۏرسيتي ڤاڬوه | |
---|---|
Nama panggilan: Bandar U Pagoh | |
Koordinat: 2.1343102,102.7329887 | |
Malaysia | Muar |
Pekan | Pagoh |
Bandar Universiti Pagoh (Jawi: باندر اونيۏرسيتي ڤاڬوه ) merupakan sebuah projek pembangunan bandar pertama di Malaysia seluas 4,081.58 ekar (4,082 ekar) yang dilengkapi dengan kawasan hab pendidikan tinggi dalam Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia dibangunkan oleh Sime Darby Pagoh Development Sdn Bhd. Perbandaran ini terletak di persimpangan bertingkat Pagoh di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan, hanya 20 minit dari Bandar DiRaja Muar, Johor. Bandar Universiti Pagoh akan menjadi mercu tanda sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa di peringkat kebangsaan.[1]