Bandar raya primat ialah bandaraya utama dalam sesebuah negara atau rantau, jauh lebih besar daripada bandaraya-bandaraya lain yang senegara atau serantau dalam hierarki bandar.[1] Sesebuah negara atau rantau yang mengalami 'taburan bandar raya primat' mempunyai sebuah bandaraya yang amat besar dan banyak sekali bandar kecil, tanpa pusat bandaraya bersaiz sederhana, berbanding dengan kawasan 'taburan saiz susun taraf' yang agak sama rata taburan penduduk bandarnya.[2] Hukum 'bandar raya primat' julung kalinya diusulkan oleh seorang ahli geografi bernama Mark Jefferson pada tahun 1939[3], yang mana bandar raya primat ditakrifkan sebagai "sekurang-kurangnya dua kali besarnya berbanding bandaraya kedua terbesar dan lebih berganda pentingnya."[4] Sebuah bandar raya primat adalah peneraju di negaranya dari pelbagai segi, seperti politik, ekonomi, media, kebudayaan dan universiti.
Antara contoh terkenal bandar raya primat ialah bandar raya alfa London dan Paris.[5]