Bangunan Diet Kebangsaan

Bangunan Diet Kebangsaan

Bangunan Diet Kebangsaan (Bahasa Jepun: 国会議事堂, Kokkai-gijidō) adalah bangunan di mana kedua-dua dewan Diet Jepun ditempatkan. Ia terletak di Nagatachō 1-chome 7-1, Chiyoda, Tokyo.

Sesi Dewan Perwakilan berlaku di sayap kiri dan sesi Dewan Kaunselor di sayap kanan.

Bangunan Diet telah siap pada tahun 1936 dan dibina daripada bahan-bahan Jepun, kecuali kaca berwarna, kunci pintu, dan sistem tiub pneumatik.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne