Banjir Kuala Lumpur 1971 ialah bencana banjir kilat utama di Malaysia yang berlaku pada Januari 1971. Banjir ini ialah hasil daripada hujan lebat,[1] yang melanda Klang, Batu, dan sungai-sungai Gombak.[2] 32 orang telah terbunuh dan 180,000 orang terjejas. [3][4] Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Abdul Razak mengisytiharkan keadaan bencana negara di Barat Malaysia.[4]
Banjir tersebut merupakan yang paling teruk di negara ini sejak tahun 1926.[5] Hasil daripada banjir berkenaan, Program Tebatan Banjir Kuala Lumpur telah ditubuhkan.[3]