Inggeris: Bank of CanadaPerancis: Banque du Canada | |
![]() | |
![]() | |
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 1935 |
Bank pusat bagi | ![]() |
Mata wang | Dolar Kanada CAD (ISO 4217) |
Tapak sesawang | www![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pentadbiran dan pengurusan | |
Pemilikan | Menteri Kewanganbagi pihak Mahkota[1] |
Gabenor | Tiff Macklem |
Perangkaan | |
Rizab | AS$ 69.080 juta[2] |
Kadar bank | 0.25%[3] |
Faedah ke atas rizab | 0.25% |
Lokasi | |
![]() | |
Ibu pejabat | Bangunan Bank KanadaOttawa, Ontario |
Negara | Kanada ![]() |
Koordinat | 45°25′15″N 75°42′11″W / 45.42088°N 75.702968°WKoordinat: 45°25′15″N 75°42′11″W / 45.42088°N 75.702968°W |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bank Kanada (Inggeris: Bank of Canada; Perancis: Banque du Canada) ialah perbadanan mahkota dan bank pusat bagi negara Kanada.[4] Dipiagamkan pada tahun 1934 di bawah Akta Bank Kanada, badan ini bertanggungjawab dalam merumuskan dasar monetari Kanada,[5] serta menggalakkan sistem kewangan yang selamat dan kukuh di Kanada.[6] Bank Kanada adalah satu-satunya pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas Kanada,[7][8] menyediakan perkhidmatan perbankan dan pengurusan wang untuk kerajaan, serta meminjamkan wang kepada institusi-institusi kewangan Kanada.[9][10] Kontrak untuk menghasilkan wang kertas dipegang oleh Syarikat Wang Kertas Kanada sejak tahun 1935.
Ibu pejabat Bank Kanada terletak di Bangunan Bank Kanada, 234 Wellington Street di Ottawa, Ontario. Bangunan ini juga digunakan untuk menempatkan Muzium Bank Kanada, yang dibuka pada bulan Disember 1980 dan ditutup sementara pada tahun 2013. Sehingga Julai 2017, muzium ini kini terletak di 30 Bank Street, Ottawa, Ontario, tetapi dihubungkan ke bangunan utama melalui bilik mesyuarat bawah tanah Bank Kanada.[11]