Rencana ini perlu dikemas kini.(Mei 2023) |
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Thai. (Mei 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Bantahan Thailand 2020-2021 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Dari atas, arah jam:
| |||||||
Tarikh |
| ||||||
Lokasi | Thailand serta beberapa tunjuk perasaan di luar negara | ||||||
Punca |
| ||||||
Matlamat |
| ||||||
Kaedah | Tunjuk perasaan, flash mob, mogok duduk, aktivisme Internet, petisyen | ||||||
Status | Sedang berlangsung
| ||||||
Penyerahan | Usul pemindaan perlembagaan diperdebatkan di Parlimen; forum dialog parlimen. | ||||||
Pihak terlibat | |||||||
| |||||||
Tokoh dan pemimpin utama | |||||||
Bilangan | |||||||
| |||||||
Korban | |||||||
Maut | 0 | ||||||
Tercedera | 0 | ||||||
Ditangkap | 16 | ||||||
Didakwa | 63+ |
Bantahan Thailand 2020-2021 merujuk kepada siri protes yang ditujukan kepada pemerintahan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha serta protes untuk menuntuk reformasi terhadap sistem monarki Thailand. Secara amnya, tunjuk perasaan ini terdiri daripada para mahasiswa tanpa sebarang ketua.[6] Pada awalnya, tunjuk perasaan ini terbit daripada pembubaran Parti Masa Depan Baharu pada 2019 yang dijalankan di universiti-universiti Thailand. Meskipun begitu, tunjuk perasaan ini terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 di Thailand.
Tunjuk perasaan dilancarkan semula pada 18 Julai dengan demonstrasi besar yang diadakan di bawah payung Pemuda Bebas di Monumen Demokrasi, Bangkok. Tiga tuntutan diajukan kepada pihak kerajaan Thailand: pembubaran parlimen, mengakhiri pengancaman rakyat dan penggubalan perlembagaan baharu. Protes pada bulan Julai dipicu oleh kesan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan perintah darurat dan tersebar ke seluruh negara.
Pada 3 Ogos, dua kumpulan pelajar secara terbuka membangkitkan permintaan demi reformasi sistem beraja, mencanggahi pantang larang dalam mengkritik sistem beraja. Seminggu kemudian, 10 permintaan reformasi telah dikemukakan. Pada 19 September, sebuah protes melibatkan 20 ke 100 ribu orang penunjuk perasaan muncul dan disifatkan sebagai cabaran terbuka kepada Raja Vajiralongkorn. Setelah berlaku protes besar-besaran pada 14 Oktober, sebuah perintah darurat "kritikal" telah diisytiharkan di Bangkok dengan alasan penghalangan perarakan diraja oleh pihak penunjuk perasaan. Namun begitu, tunjuk-tunjuk perasaan masih dijalankan. Perintah darurat tersebut ditamatkan pada 22 Oktober, diikuti dengan protes untuk memohon peletakan jawatan Prayut pada 24 Oktober. Sebuah sesi Parlimen tergempar akan dijalankan pada 26 ke 27 Oktober.