Ini merupakan laman bantuan bagi panduan bagaimana di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman ini menjelaskan proses atau tatacara bagi beberapa aspek norma dan amalan di Wikipedia. Laman ini bukanlah salah satu daripada dasar dan garis panduan di Wikipedia dan mungkin mencerminkan pelbagai tahap sepersetujuan dan pemeriksaan. |
Kotak info adalah sebuah jadual berformat tetap yang ditambah pada sebelah sudut kanan atas sesebuah rencana untuk memaparkan suatu ringkasan bagi beberapa fakta-fakta serupa yang tekal, membolehkan penyatuan rencana-rencana untuk dikongsi bersama dan juga untuk menambah baik pandu arah kepada rencana-rencana yang berhubung kait. Kebanyakan kotak info juga memaparkan metadata berstruktur yang diperolehi oleh DBpedia dan pengguna semula pihak ketiga yang lain.