Bar Refaeli | |
---|---|
![]() Refaeli pada 2011 | |
Kelahiran | |
Pekerjaan |
|
Pasangan | Arik Weinstein (k. 2003; c. 2005)[1] Adi Ezra (k. 2015) |
Anak-anak | 3 |
Maklumat pemodelan | |
Ketinggian | 1.73 m (5 ka 8 1⁄8 in) |
Warna rambut | Coklat terang |
Warna mata | Biru |
Agensi |
|
Bar Refaeli (Ibrani: בר רפאלי; lahir 4 Jun 1985) ialah model, pengacara televisyen, pelakon, dan usahawan Israel. Refaeli dianggap antara model yang paling berjaya di peringkat antarabangsa yang datang dari Israel.[11] Beliau berada di kulit depan majalah Sports Illustrated Swimsuit Issue 2009, dan diundi sebagai No. 1 di senarai Hot 100 majalah Maxim 2012. Sebagai pengacara televisyen, Refaeli telah menjadi hos The X Factor Israel sejak 2013 dan hos bersama Eurovision Song Contest 2019 di Tel Aviv.[12][13][14]
Sebagai hasil kerjaya model dan pelaburannya, nilai bersihnya dianggarkan AS $ 20 juta pada tahun 2015, dan merupakan model berbayar tertinggi di Israel menurut Forbes Israel pada tahun 2013.[15][16]