Barah peparu

Barah peparu
Pengelasan dan sumber luaran
Keratan rentas paru-paru manusia. Kawasan putih dibahagian lobe atas adalah barah; kawasan hitam menunjukkan pesakit merupakan perokok.
ICD-10C33-C34
ICD-9162
P. Data Penyakit7616
MedlinePlus007194
eMedicinemed/1333 med/1336 emerg/335 radio/807 radio/405 radio/406
MeSHD002283
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Barah peparu, juga dikenali sebagai karsinoma paru-pari atau karsinoma pulmonari, adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Ia bercirikan pertumbuhan sel luar kawal pada tisu paru-paru. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, pertumbuhan ini mampu merebak di luar paru-paru melalui proses metastasis pada tisu berhampiran atau bahagian lain badan. Kebanyakan barah yang bermula pada paru-paru, dikenali sebagai barah paru-paru utama, adalah carcinomas yang terhasil dari sel epithelial. Jenis paling utama adalah karsinoma paru-paru sel kecil (" small-cell lung carcinoma - SCLC ") dan karsinoma paru-paru sel bukan kecil (" non-small-cell lung carcinoma - NSCLC "). Simptom paling biasa adalah batuk (termasuk batuk berdarah), kehilangan berat badan, nafas pendek, dan sakit dada.[1] Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Barah paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.


Sebahagian besar kes barah paru-paru (80–90%) adalah disebabkan oleh pendedahan jangka panjang pada merokok tembakau.[1][2] Sekitar 10–15% kes berlaku pada orang yang tidak pernah merokok.[3] Kes-kes ini sering kali disebabkan oleh gabungan faktor genetik.[4] dan pendedahan pada gas radon,[4] asbestos,[5] atau bentuk lain pencemaran udara,[4] termasuk asap terpakai ("second-hand smoke").[6][7] Barah paru-paru boleh dilihat pada radiograf dada dan imbasan computed tomography (CT) scans. Diagnosis disahkan melalui biopsy[8] yang biasanya dilakukan dengan penggunaan bronchoscopi atau panduan-CT.


Rawatan dan kesan jangka panjang biasanya bergantung pada jenis barah, tahap (tahap merebak), dan kesihatan keseluruhan seseorang, diukur melalui status prestasi> Rawatan biasa termasuk pembedahan, chemotherapy, dan rawatan radiasi radiotherapi. NSCLC kadang kala dirawat melalui pembedahan, manakala SCLC biasanya bertindak balas lebih baik pada chemotherapy dan radiotherapi.[9] Keseluruhan, 16.8% dari orang di Amerika Syarikat di diagnosis dengan barah paru-paru masih hidup lima tahus selepas diagnosis,[10] sementara kesan pada purata adalah lebih buruk di dunia membangun. Di seluruh dunia, barah par-paru merupakan punca paling biasa bagi kematian berkait barah pada lelaki dan perempuan, dan bertanggung jawab bagi 1.56 juta kematian setiap tahun, pada 2012.[11]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Harrison
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Merck
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Thun
  4. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MurrayNadel46
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama O'Reilly
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AUTOREF
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AUTOREF1
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Holland-Frei78
  9. ^ Chapman, S; Robinson G; Stradling J; West S (2009). "Chapter 31". Oxford Handbook of Respiratory Medicine (ed. 2nd). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-954516-2.
  10. ^ "Surveillance, Epidemiology and End Results Program". National Cancer Institute. Dicapai pada 15 July 2014.
  11. ^ World Cancer Report 2014. World Health Organization. 2014. m/s. Chapter 1.1. ISBN 9283204298.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne