Barisan Rakyat | |
---|---|
Ditubuhkan | 2004 |
Dibubarkan | 2008 |
Digantikan oleh | Pakatan Rakyat |
Ibu pejabat | Kuala Langat |
Keanggotaan | |
Ideologi | Campuran |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Barisan Rakyat merujuk kepada nama cadangan[1] bagi perikatan parti pembangkang utama Malaysia pada 2008 semasa pilihan raya umum berlangsung.
[2][3] Sebelum itu, istilah Barisan Alternatif yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah digunakan sebelum terbubar selepas keluarnya DAP daripada gabungan tersebut[4]. Walau bagaimanapun, istilah Barisan Rakyat telah ditukar kepada Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 menggantikan Barisan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini…