![]() | |||
![]() | |||
Slogan | Journey Made Easy | ||
---|---|---|---|
Syarikat induk | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | ||
Mula beroperasi | 1 September 2012 | ||
Daerah perkhidmatan | Kuala Lumpur | ||
Jenis perkhidmatan | Bas transit percuma | ||
Laluan | 14 | ||
Armada | 80 | ||
Jenis bahan api | Gas asli padat | ||
Pengendali | Causeway Link SKSBus | ||
Laman Web | Laman web rasmi DBKL | ||
|
Bas Bandar Go KL (dijenamakan sebagai GOKL CityBus) adalah sebuah rangkaian perkhidmatan bas percuma yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Mula-mula dimiliki oleh Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) di bawah kendalian Rapid Bus, ia diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Januari 2019,[1] diikuti penyerahan hak pengendalian oleh Rapid Bus kepada Causeway Link dan SKSBus pada 1 November 2021.[2] Perkhidmatan percuma ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2012 dengan pelancaran dua laluan pekeliling, iaitu Hijau (KLCC-Bukit Bintang) dan Ungu (Pasar Seni-Bukit Bintang).[3]
Kebanyakan hentian bas di rangkaian ini terletak berhampiran tarikan-tarikan perlancongan, pusat membeli-belah utama dan stesen-stesen TRANSIT seperti KTM Komuter, LRT, Monorel KL dan ERL.