Bas Smart Selangor

Smart Selangor
Laluan bas MPS1 dalam perkhidmatan bas Smart Selangor
Diasaskan1 Julai 2015; 9 tahun yang lalu (2015-07-01)
Daerah perkhidmatanSelangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatan
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas percuma
Armada150
PengendaliRapid Bus, Wawasan Sutera, Causeway Link, UNIC Leisure Transtour

Bas Smart Selangor (dahulu dikenali sebagi Bas Selangorku) merupakan perkhidmatan bas percuma yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor. Perkhidmatan ini mula dilancarkan pada 1 Julai 2015 dengan tiga laluan pertama diperkenalkan oleh tiga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban orang ramai terutamanya golongan yang kurang berkemampuan, perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar. Sehingga 2023, perkhidmatan bas Smart Selangor mempunyai lebih dari 50 laluan dengan 150 buah bas digunakan pada semua kawasan pihak berkuasa tempatan negeri Selangor (termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimana perkhidmatan dikenali sebagai PJ City Bus) dengan dana sebanyak RM30 juta setahun dikeluarkan dari kerajaan negeri Selangoruntuk pengoperasi perkhidmatan bas Smart Selangor.

Perkhidmatan bas ini akan dikenali sebagai Selangor Mobiliti bermula September 2023.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne