Batman | |
---|---|
| |
Penerbit | Komik DC |
Kemunculan pertama | Sejarah: Komik Detektif #27 (Mei 1939) Moden: Batman #404 (Batman: Tahun Pertama #1, Februari 1987) |
Dicipta oleh | Bob Kane Bill Finger |
Statistik | |
Nama sebenar | Bruce Wayne |
Status | Aktif |
Gabungan | Keluarga Batman, Superman |
Gabungan dahulu | Orang luar, Liga Keadilan Bumi-Dua: Persatuan Keadilan Amerika, Skuadron Artis Handalan |
Nama lain | Matches Malone |
Saudara terkenal | Thomas Wayne (ayah, maut) Martha Wayne (ibu, maut) Phillip Wayne (bapa saudara dan bapa angkat, maut) Dick Grayson (anak angkat) Jason Todd (anak angkat) Tim Drake (anak angkat) Bumi-Dua: Helena Wayne (anak perempuan, maut) Kesinambungan lain: Ibn al Xu'ffasch (anak lelaki) |
Kuasa terkenal | Tiada; * kecerdasan tahap genius * tuan detektif * keadaan fizikal manusia terbaik * guru silat * ahli eskapologi * boleh menggunakan perkakas teknologi tinggi. |
Wira perkasa Komik DC merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah Komik Detektif pada bulan Mei 1939. Batman, bersama Superman di bawah label DC menjadi antara wira-wira komik terkenal di dunia. Batman direka oleh Bob Kane.
Nama sebenar Batman ialah Bruce Wayne, seorang jutawan dan pemilik kepada Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri.