Prasasti Kedukan Bukit | |
---|---|
Bahan | Batu |
Saiz | 45 cm × 80 cm (18 in × 31 in) |
Tulisan | Aksara Pallawa |
Dicipta | 1 Mei 683 |
Ditemui | 29 November 1920 Kedukan Bukit, Sumatra Selatan, Indonesia |
Ditemui oleh | M. Batenburg |
Lokasi terkini | Museum Nasional Indonesia, DKI Jakarta, Indonesia |
Pendaftaran | D. 161 |
Bahasa | Bahasa Melayu Kuno |
Prasasti Kedukan Bukit atau Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M. Batenburg[1] pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. Batu Bersurat ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80 sentimeter. Tarikh batu bersurat ini ialah 682 masihi menggunakan aksara Pallava bahasa Melayu kuno.
Batu bersurat ini telah dijadikan batu keramat oleh penduduk di tepi Sungai ini bagi mendapatkan kekuatan semasa mereka berlumba perahu dengan para pendayung dari kampung-kampung lain.