Baybayin | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | abad ke-14 (atau lebih awal)[1] - ke-18 (dihidupkan kembali pada zaman moden)[2] |
Arah tulisan | Left-to-right |
Asas cetakan | Arah penulisan (pelbagai ragam): kiri ke kanan, atas ke bawah bawah ke atas, kiri ke kanan atas ke bawah, kanan ke kiri |
Bahasa-bahasa | Tagalog, Sambali, Ilokano, Kapampangan, Bikolano, Pangasinan, Bisaya[3] |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | |
Sistem tulisan turunan | • Hanunuo • Buhid • Tagbanwa • Palaw'an |
Sistem tulisan kerabat | Di negara lain • Bali • Batak • Jawa • Lontara • Sunda • Rencong • Rejang |
Unikod | |
U+1700–U+171F | |
Baybayin (ᜊᜊᜌᜒ , dengan virama-krus-kudlit: ᜊᜌ᜔ᜊᜌᜒᜈ᜔) ialah sistem tulisan lama bahasa Tagalog yang merupakan abjad suku kata yang tergolong dalam rumpun tulisan Brahmi . Ia pernah digunakan secara meluas di Filipina, khususnya kawasan Luzon, pada abad ke-16 dan ke-17 sebelum digantikan oleh abjad Rumi.
Arkib Universiti Santo Tomas di Manila, salah satu arkib terbesar di Filipina, kini mempunyai koleksi tulisan kuno terbesar di dunia dalam skrip Baybayin.[4][5][6]
Pada tahun 2018, Dewan Perwakilan Filipina merasmikan Baybayin sebagai sistem tulisan kebangsaan negara tersebut. House Bill 1022 atau cadangan "National Writing System Act" (Akta Sistem Tulisan Kebangsaan) dikarang oleh Rep. Leopoldo Bataoil. Langkah ini bertujuan untuk menyatakan Baybayin sebagai sistem tulisan kebangsaan Filipina, meningkatkan kesedaran tentang nasib Baybayin, dan memupuk penghargaan yang lebih meluas di kalangan rakyat mengenai kepentingan dan keindahan tulisan tersebut. Rang undang-undang tersebut menyatakan bahawa adanya keperluan untuk melariskan, melindungi, memelihara dan memulihara "Baybayin" sebagai Tulisan Kebangsaan Filipina, menggunakannya sebagai wadah pembangunan budaya dan ekonomi untuk mewujudkan kesedaran, rasa hormat dan kebanggaan terhadap warisan sejarah budaya dan jati diri asli negara Filipina. [7]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama artedelalengatagalog