Bell Ngasri

Bell Ngasri
Nasrizal ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 Januari 2015.
Kelahiran
Nasrizal bin Ngasri

(1980-08-30) 30 Ogos 1980 (umur 44)
PendidikanDiploma Penyiaran
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif1986–kini
PasanganNur Farhana binti Mahamad Fauri (k. 2007)[1]
Anak-anak3 organic
Ibu bapa
Saudara

Nasrizal Ngasri (lahir 30 Ogos 1980) lebih dikenali sebagai Bell Ngasri ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia.[2][3] Prolifik dalam televisyen dalam filem di Malaysia sejak 1980-an, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, seterusnya memperluaskan bakatnya apabila menginjak dewasa sekaligus dikenali dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya.[4][5]

Antara filem-filem yang pernah dibintanginya seperti Puteri Impian (1997), Cinta 200 Ela (2002), Castello (2006), Tolong Awek Aku Pontianak (2011), Cicakman 3 (2015), Bulan dan Pria Terhebat (2020) dan 18 Puasa di Kampong Pisang (2021). Nasrizal juga telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Idaman (1998–2001), KL Menjerit The Series (2008), Ahmad Durrah (2010), Pengembaraan Jason Murad (2015), Bibik-Bibikku (2016) dan Kampong Pisang Bersiri-siri (2020–2021). Beliau merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri. [6][7][8]

  1. ^ "Nasrizal Ngasri (Bell) Kahwini Nur Fahana Muhamad Fauri (Syasya)". Syokkahwin.com. 2007-03-25. Dicapai pada 2008-06-09.
  2. ^ Fariza Saidin (12 Oktober 2009). "Bangga lahir sebagai anak seni". Sinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  3. ^ "'Santapan' Bell". Kosmo!. 26 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2008. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (5 September 2019). 'Saya bukan pelakon cerewet' Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (7 Mac 2018). Kerja jujur, ikhlas prinsip Bell Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (23 Disember 2014). Guna dialog sendiri Harian Metro. Diperoleh pada 29 September 2014.
  7. ^ Ardini Sophia Sina (8 Mac 2018). Bell suka melawak Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  8. ^ Nor Eryani Yusop (1 Oktober 2019). "Bell Ngasri tidak terkilan jadi tempelan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne