Bendera New South Wales semasa telah diterima pakai secara rasmi oleh kerajaan New South Wales pada tahun 1876.
Bendera ini adalah berdasarkan pengubahsuaian Panji Biru British dengan lencana negeri yang terletak di bucu atas. Lencana, berdasarkan jata, adalah cakera putih dengan salib St. George, singa pengawal keemasan sambil lepas di tengah salib dan bintang emas pecah lapan pada setiap lengan salib.
Bendera ini telah diterima pakai kerana kritikan dari Admiralti British bahawa reka bentuk sebelumnya adalah terlalu serupa dengan reka bentuk bendera Victoria.
Lencana negeri telah direka oleh Arkitek Kolonial James Barnet dan Kapten Francis Hixson, seorang pesara pegawai Tentera Laut Diraja.[1] Walaupun reka bentuk itu diberikan makna, ia mungkin versi mudah daripada lambang separuh rasmi New South Wales pada masa itu.