Kegunaan | bendera awam dan negeri |
---|---|
Nisbah | 3:5[1] |
Rekaan | Argent, a cross gules, i.e. salib merah terpusat pada latar putih |
Bendera England (bahasa Inggeris: Flag of England ) ialah sebuah bendera bersalib merah di atas bidang putih. Bentuk salib ini dikatakan mewakili Santo George, santo penaung negeri England (lalu juga diberi nama Saint George's Cross - "Salib Santo George") dalam gabungan United Kingdom. Lagenda mengatakan bahawa Saint George telah berjaya membunuh seekor naga pada kurun ke-12 dan oleh itu dinaikkan menjadi penaung negara England pada kurun ke-13. Bagaimanapun, bendera England tidak ada status rasmi dalam United Kingdom.
Apabila Kerajaan England dan Kerajaan Scotland bersatu semasa pemerintahan James VI/I, bendera salib Saint George ini digabungkankan dengan bendera Scotland (bendera salib Saint Andrew). Gabungan kedua bendera ini telah melahirkan bendera UK Union Jack yang pertama.