Nama | Taegeukgi 태극기 太極旗 |
---|---|
Kegunaan | Bendera kebangsaan dan bendera kapal kebangsaan |
Nisbah | 2:3 |
Diterima pakai | 6 Mac 1883 (versi asal) 12 Julai 1948 (versi semasa) |
Bendera Korea Selatan | |
---|---|
Hangul | 태극기 |
Hanja | 太極旗 |
Perumian Semakan | Taegeukgi |
McCune–Reischauer | T'aegŭkki |
Bendera Korea Selatan atau taegeukgi terdiri daripada simbol Yin Yang di tengah, bewarna biru di kepala dan merah di bawah. Di setiap sudut bendera terdapat tulisan trigram berwarna hitam yang diambil dari buku purba I Ching (ilmu mengenai perubahan) di atas bidang warna putih. Bendera ini dikenali sebagai dalam bahasa Korea dan direka oleh Bak Yeong-hyo pada 1882 semasa pemerintahan Maharaja Gojong, baginda Maharaja sendiri mengisytiharkan bendera Taegeukgi sebagai bendera rasmi Korea pada 6 Mac 1883.