Beruang Julat zaman: Eosen – Kini
Akhir | |
---|---|
![]() | |
Beruang perang dari Kodiak, Alaska | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Caniformia |
Infraorder: | Arctoidea |
Keluarga: | Ursidae G. Fischer de Waldheim, 1817 |
Subkeluarga/Cabang | |
†Amphicynodontinae |
Beruang (Jawi: برواڠ) merupakan mamalia omnivor dalam keluarga Ursidae.[1] Ia tergolong dalam Caniformia, atau Omnivor seakan anjing. Biarpun hanya lapan spesies beruang yang wujud, tetapi ia tersebar luas di pelbagai habitat di seluruh Hemisfera Utara dan sedikit di Hemisfera Selatan. Beruang ditemui di benua-benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, dan Asia. Ciri-ciri umum beruang moden termasuk badan besar dengan paha yang pendek dan gempal, muncung yang panjang, telinga yang kecil dan bulat, bulu yang kasar dan berjumbai-jumbai, tapak kaki plantigred (keseluruhan menyentuh tanah) dengan kuku yang bengkok, dan ekor yang pendek.
Beruang kutub merupakan haiwan maging, dan panda gergasi pula hampir memakan buluh sahaja, enam spesies yang tinggal pula merupakan omnivor yang mempunyai pelbagai sumber makanan. Kecuali individu yang berkasih-sayang seperti ibu dengan anak, beruang selalunya hidup menyendiri. Baik diurnal mahupun nokturnal, malah tajam deria baunya. Biarpun berat susuk lagi canggung berjalan, beruang tangkas berlari, memanjat dan berenang. Beruang menjadikan tempat berteduh seperti gua dan kayu balak sebagai jerumun (sarang); kebanyakan spesies mendiami jerumun pada musim sejuk untuk hibernasi selama 100 hari.
Beruang diburu sejak zaman prasejarah untuk daging dan bulu; kini pula digunakan untuk menyeksa beruang dan lain-lain bentuk hiburan seperti dibuat menari. Beruang dengan paras rupa yang gagah memainkan peranan yang cukup penting dalam seni, mitos dan lain-lain aspek budaya manusia. Pada zaman moden, beruang digugat oleh kemusnahan habitat serta perdagangan anggota beruang secara haram termasuk pasaran hempedu beruang Asia. IUCN menyenaraikan enam spesies beruang sebagai terjejas atau terancam, malah spesies kurang membimbangkan seperti beruang perang juga diancam kepupusan di negara-negara tertentu. Kegiatan memburu dan memperdagangkan beruang terancam ini sudah dilarang tetapi masih berlarutan.