Kawasan siaran | |
---|---|
Pemprograman | |
Bahasa | Melayu |
Format | Radio hit kontemporari |
Pemilikan | |
Pemilik | Suara Johor Sdn Bhd |
Sejarah | |
Kali pertama ke udara | 1988 |
Pautan | |
Tapak web | bestfm |
Best FM merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dilesenkan kepada Suara Johor Sdn Bhd. Best FM ialah radio swasta pertama yang ditempatkan di luar Kuala Lumpur, iaitu di Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor. Slogan atau Tagline Best FM ialah "Terbaik Untuk Harimu". Best FM boleh didengari melalui frekuensi 104.1 MHz di Johor Bahru dan Singapura. Ia juga boleh didengar di frekuensi 94.8 MHz di Melaka dan Johor Utara dan 102.5 MHz di Johor Timur.