![]() | |
![]() | |
Jenis media | Pita magnetik, perakam kaset video |
---|---|
Pengekodan | NTSC, PAL, SECAM |
Kapasiti | Sehingga 5 jam |
Dibangunkan oleh | Sony |
Dimensi | 15.6 × 9.6 × 2.5 cm (61⁄7 × 33⁄4 × 1 inch) |
Diperluas kepada | VHS |
Dikeluarkan | 10 Mei, 1975 |
Dihentikan | Pasaran untuk perakam dihentikan Ogos 2002 Pasaran untuk pita kosong dihentikan Mac 2016[1] |
Betamax (juga dikenali dengan nama Beta, seperti dalam logo) ialah format dan kumpulan produk berkaitan dengan kaset video dan perakam kaset video. Format ini telah dibangunkan oleh Sony dan mula dilancarkan di Jepun pada 10 Mei 1975[2], diikuti dengan pasaran Amerika Syarikat pada bulan November tahun yang sama.
Ramai menganggap Betamax sebagai format yang lapuk, setelah tewas[3] kepada pesaing VHS yang mendominasi pasaran hampir seluruh dunia[4]. Walaupun Betamax menawarkan imej yang berkualiti tinggi, namun VHS yang menawarkan tempoh masa video yang lebih panjang akhirnya dijadikan sebagai piawaian standard.
Sehingga Ogos 2002, Betamax dilaporkan masih lagi dikeluarkan dan dijual dalam pasaran apabila Sony mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran kesemua model perakam kaset video Betamax. Manakala kaset video Betamax masih lagi dijual di pasaran sehingga bulan Mac 2016[5][1].