Sebahagian daripada siri berkaitan |
---|
Sejarah Turki |
![]() |
Portal Turkey |
Beylik Anatolia (Turki: Anadolu beylikleri , Turki Uthmaniyyah: Tevâif-i mülûk, Beylik sebutan Turki: [bejlic]), kadang kala dikenali sebagai Beylik Turkmen, adalah sebuah prinsipaliti kecil Turki di Anatolia yang ditadbir oleh para Bey, yang mana mula diasaskan pada akhir kurun ke-11. Perkembangan pesatnya adalah akibat daripada kemerosotan dan kejatuahn Kesultanan Rûm pada separuh kedua kurun ke-13.
Perkataan "beylik" merujuk pada wilayah yang berada di bawah kekuasaan seorang Bey, yang mana setara dengan gelaran masyarakat bangsawan Eropah bagi "Lord". Istilah ini juga digunakan semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-16 di wilayah autonomi di sepanjang pantai Tunisia dan Algeria.[4]