Bharathanatayam

Seorang penari wanita India mengambarkan ciri-ciri gaya Nataraja

Tarian Bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegembiraan. Tarian ini berasal dari kalangan orang Tamil menduduki wilayah Tamil Nadu di selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Sebuah persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian Ekspresi).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne