Bhima (Sanskrit: भीम, rumi: Bhīma) atau Bimasena (Sanskrit: भीमसेन, rumi: Bhīmaséna) adalah seorang tokoh protagonis dalam wiracarita Mahabharata. Dia merupakan putera Kunti, dan dikenal sebagai tokoh Pandawa yang kuat, selalu bersifat kasar dan menakutkan bagi musuh,[1] walaupun sebenarnya berhati lembut. Dia anak kedua dari lima Pandawa bersaudara. Saudara seayahnya ialah Hanoman, wanara terkenal dalam kisah epos Ramayana.
Mahabharata menceritakan bahawa Bima gugur di pergunungan bersama keempat-empat saudaranya setelah Bharatayuddha berakhir. Cerita tersebut dikisahkan dalam jilid ke-18 Mahabharata yang berjudul Mahaprasthanikaparwa. Bima setia pada satu sikap iaitu tidak suka berbasa-basi, tak pernah bersikap mendua, serta tidak pernah menjilat ludahnya sendiri.