Bhumibol Adulyadej | |
---|---|
Thai name | |
Thai | ภูมิพลอดุลยเดช |
RTGS | Phumiphon Adunyadet |
Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Rama IX Thailand; 5 Disember 1927 – 13 Oktober 2016) ialah raja Thailand yang ke-9 (sekaligus dikenali sebagai Raja Rama IX) dari Dinasti Chakri dan digelar "Yang Agung" (Thai: มหาราช, Maharaja). Baginda memerintah dari 9 Jun 1946 sehingga kemangkatannya pada 13 Oktober 2016 dan menjadi raja yang paling lama berada di takhta kerajaan Thai. [1]
Sebagai Raja, baginda banyak menggunakan kemewahannya untuk membiayai projek pembangunan terutama sekali di tempat-tempat perkampungan. Beliau merupakan seorang raja yang sangat dihormati dan disukai rakyatnya. Raja Bhumibol diputerakan di Amerika Syarikat dan menerima pendidikannya di Switzerland. Baginda juga merupakan seorang ahli muzik, artis dan pelayar yang ulung.[2]