Bilik air atau bilik mandi ialah bilik atau ruang tempat mandi, membuang air, membasuh dan sebagainya.
Bilik air merupakan bilik yang mungkin memiliki fungsi berlainan bergantung kepada konteks budaya. Dalam bentuk harafian, perkataan bilik air bererti "bilik dengan bekalan air". Oleh kerana bilik air tradisi sebahagiannya berubah untuk mandian moden, termasuk mandian wap, istilah umum adalaj "bilik di mana seseorang mandi".
Mungkin terdapat pancur (atau mandi pancuran), atau hanya tab mandi) atau keduanya; dan sering kali peralatan paip digabung dalam tab mandi. Bilik ini juga mungkin mengandungi singki (atau singki basuh atau singki tangan), tandas dan bidet.
Di Amerika Syarikat, "bilik air" biasanya bererti "bilik yang mengandungi mangkuk tandas". Dalam budaya lain ini biasanya dikenali sebagai "tandas" atau atau "jamban curah" (WC), atau bilik mencangkung.