Bill Clinton بيل کلينتن | |
---|---|
Dalam jawatan 20 Januari 1993 – 20 Januari 2001 | |
Naib Presiden | Al Gore |
Didahului oleh | George H. W. Bush |
Digantikan oleh | George W. Bush |
Dalam jawatan 11 Januari 1983 – 12 Disember 1992 | |
Leftenan | Winston Bryant (1983-1991) Jim Guy Tucker (1991-1992) |
Didahului oleh | Frank D. White |
Digantikan oleh | Jim Guy Tucker |
Dalam jawatan 9 Januari 1979 – 19 Januari 1981 | |
Leftenan | Joe Purcell |
Didahului oleh | Joe Purcell |
Digantikan oleh | Frank D. White |
Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan | |
Dalam jawatan 26 Ogos 1986 – 28 Julai 1987 | |
Didahului oleh | Lamar Alexander |
Digantikan oleh | John H. Sununu |
Naib Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan | |
Dalam jawatan 6 Ogos 1985 – 26 Ogos 1986 | |
Didahului oleh | Lamar Alexander |
Digantikan oleh | John H. Sununu |
Ketua Peguam Negeri Arkansas ke-50 | |
Dalam jawatan 3 Januari 1977 – 9 Januari 1979 | |
Gabenor |
|
Didahului oleh | Jim Guy Tucker |
Digantikan oleh | Steve Clark |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hope, Arkansas, A.S. | 19 Ogos 1946
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Hillary Rodham (k. 1975) |
Anak | 1, Chelsea |
Pekerjaan | |
Tandatangan | |
William Jefferson Clinton (lahir sebagai William Jefferson Blythe III; 19 Ogos 1946; Tulisan Jawi: ويليئم جيفرسن کلينتن ) juga dikenali sebagai Bill Clinton ialah ahli politik dan peguam Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-42, berkhidmat daripada tahun 1993 sehingga tahun 2001.
Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor negeri Arkansas untuk empat penggal tetapi tidak berturut-turut. Sebagai Gabenor, beliau telah membuat reformasi pendidikan negeri dan menjadi pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan. Pada pilihan raya presiden 1992, tiket beliau berjaya mengalahkan presiden George H. W. Bush dari parti Republikan.
Beliau adalah ahli Parti Demokrat, dan di bawah pimpinan beliau, Parti Demokrat bergerak kepada "pertengahan" politik Amerika. Antara keutamaan kerajaan A.S. semasa kepresidenan beliau termasuk sistem kesihatan sejagat dan memperbaiki sistem pendidikan Amerika Syarikat. Isteri beliau, Hillary Rodham Clinton merupakan bekas Senator dari negeri New York sehingga tahun 2009, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat dan calon presiden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016.