Bill Gates | |
---|---|
![]() Bill Gates pada 2014 | |
Kelahiran | William Henry Gates III 28 Oktober 1955 |
Pendidikan | Universiti Harvard (keluar) |
Pekerjaan |
|
Terkenal kerana | Pengasas bersama Microsoft |
Nilai bersih | ▲ US$149.7 Bilion (Ogos 2021)[1] |
Pangkat |
|
Ahli lembaga |
|
Pasangan | Melinda Gates (k. 1994; c. 2021) |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | |
Laman web rasmi | gatesnotes.com |
Tandatangan | |
![]() |
William Henry "Bill" Gates III (lahir 28 Oktober 1955) ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates selalu membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Yayasan Bill & Melinda Gates.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [2][3]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Iddin dan Zayid