Bintang RTM

Bintang RTM merupakan sebuah program oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dibuat khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta di dalam bidang nyanyian. Sejarah pertandingan ini bermula pada awal 1959 dan dikenali sebagai "Bintang Radio", sebuah program anjuran Radio Malaya. Tetapi, pertandingan Bintang Radio hanya mengetengahkan lagu-lagu yang berentak langgam, asli, keroncong dan seriosa. Pada tahun 1964, Bintang Radio telah memulakan siaran pertamanya di televisyen serta TV Malaya pula muncul untuk mencari bakat-bakat baru untuk pertandingan "Bakat TV". Bermula dari itu, pada setiap tahun, Bintang Radio dan Bakat TV menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada peminat seni tanah air. Malaysian Book of Records juga pernah menamakan program ini sebagai pertandingan nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik Malaysia.[1]

  1. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (9 Julai 2009). "Selepas 35 tahun - Bintang RTM hilang aura". Kosmo Online. Dicapai pada 2018-10-12.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne