Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Biodiesel (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang ester asid lemak. Biodiesel biasanya dihasilkan dengan melakukan tindakbalas kimia keatas lemak haiwan atau minyak sayuran dengan alkohol, yang menghasilkan ester metil, etil atau propil melalui proses transesterifikasi.
Minyak sayuran dan minyak buangan hanya boleh digunakan untuk mengerakkan enjin diesel yang diubahsuai, bukan seperti biodiesel yang dapat digunakan secara terus dalam enjin diesel serta infrastruktur logistik sedia ada. Namun, biodisel kebiasaanya dicampur dengan petrodiesel (biasanya kurang dari 10%) kerana kebanyakkan enjin tidak boleh menggunakan biodiesel sebagai bahan api tanpa pengubahsuaian.
Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil namun, penghasilannya bagi memenuhi permintaan bahan api memerlukan kawasan pertanian yang luas bagi memperoleh bahan mentah. Hal ini boleh menyebabkan kawasan hutan sedia ada untuk diratakan bagi penanaman tumbuhan atau kawasan pertanian sedia ada digunakan untuk membekal bahan mentah, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber makanan bagi penduduk di suatu kawasan.