Biokejuruteraan

Biokejuruteraan atau kejuruteraan biologi merupakan aplikasi kejuruteraan dalam mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan biologi dan perubatan. Kajian ini turut melibatkan kejuruteraan biomedikal.

Prinsip biokejuruteraan turut praktikal dalam spektrum alam kehidupan. Hal ini demikian kerana teknik biokejuruteraan yang diamalkan dalam biologi skala molekul, biokimia, mikrobiologi, farmakologi, sitologi, immunologi dan neurosains turut digunakan dalam alat perubatan, perubatan diagnostik, bahan bio-persamaan dan bahan-bahan perubatan yang lain.

Biokejuruteraan tidak terhad dalam bidang perubatan sahaja. Jurutera biokejuruteraan menyelesaikan dan menghubung kait masalah serta perkara-perkara yang berkaitan dalam sistem komplex.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne