Birdman (filem)

Birdman
PengarahAlejandro G. Iñárritu
Penulis
  • Alejandro G. Iñárritu
  • Nicolás Giacobone
  • Alexander Dinelaris, Jr.
  • Armando Bo
Dihasilkan oleh
  • Alejandro G. Iñárritu
  • John Lesher
  • Arnon Milchan
  • James W. Skotchdopole
Dibintangi
SinematografiEmmanuel Lubezki
Disunting oleh
  • Douglas Crise
  • Stephen Mirrione
Muzik olehAntonio Sánchez
Syarikat
penerbitan
  • Regency Enterprises
  • New Regency Pictures
  • M Productions
  • Le Grisbi Productions
  • TSG Entertainment
  • Worldview Entertainment
Diedarkan olehFox Searchlight Pictures
Tarikh tayangan
  • 27 Ogos 2014
    (Festival Filem Venice)
  • 17 Oktober 2014
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
119 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$16.5-18 juta[2][3]
Pecah panggung$103.2 juta[3]

Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) juga dikenali sebagai Birdman ialah sebuah filem komedi satira Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu. Skrip filem ini ditulis oleh Iñárritu, Nicolás Giacobone, Alexander Dinelaris, Jr. dan Armando Bo didasarkan suatu cerita pendek nukilan Raymond Carver. Filem ini dibintangi Michael Keaton bersama barisan pelakon terdiri daripada Zach Galifianakis, Edward Norton, Andrea Riseborough, Amy Ryan, Emma Stone dan Naomi Watts. Filem ini menceritakan Riggan Thomson (Keaton), seorang pelakon Hollywood yang sudah serik kerana asyik dikenali melalui lakonan suatu watak adiwira filem blockbuster sehingga percubaannya menceburi lakonan teater di Broadway menghadapi banyak rintangan dek perhatian yang diberikan ke atasnya

Birdman mengadakan tayangan teater terhad di Amerika Syarikat pada 17 Oktober 2014 disusuli dengan tayangan meluas pada 14 November, mengutip lebih daripada $103 juta di seluruh dunia. Filem ini memenangi empat Anugerah Akademi daripada sembilan pencalonan, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Sinematografi Terbaik di Anugerah Akademi ke-87. Ia juga memenangi Barisan Pelakon Luar Biasa dalam Filem di Anugerah Screen Actors Guild ke-21. Di Anugerah Golden Globe ke-72, filem ini memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Muzikal dan Komedi untuk Keaton dan Lakon Layar Terbaik.

  1. ^ "Birdman". British Board of Film Classification. September 11, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada September 19, 2015.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama financiers
  3. ^ a b "Birdman (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 19, 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne