Bleach | |
![]() Kulit hadapan manga Bleach keluaran versi Jepun, jilid pertama. | |
Genre | Pengembaraan, ghaib[1] |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Tite Kubo |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Jump Comics |
Majalah Asal | Shōnen Jump Mingguan |
Majalah Lain | |
Tarikh Pengeluaran | 7 Ogos 2001 – 22 Ogos 2016 |
Jilid | 74 |
Siri televisyen anime | |
| |
Filem anime | |
| |
Filem aksi langsung | |
| |
Francais media | |
Bleach (ブリーチ , Burīchi, dieja dan ditulis sebagai BLEACH di Jepun) merupakan sebuah siri manga Jepun, ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo. Ia mengikuti pengembaraan seorang remaja lelaki Kurosaki Ichigo, yang mewarisi takdir ibu bapanya selepas dia memperoleh kuasa Shinigami—personifikasi kematian serupa dengan Grim Reaper—dari Shinigami yang lain, Kuchiki Rukia. Kuasanya yang baru ditemui membolehkannya memikul tugas mempertahankan manusia daripada roh jahat dan membimbing jiwa-jiwa yang telah pergi ke alam akhirat, dan mengarahkannya dalam perjalanan ke pelbagai alam kewujudan hantu.
Bleach telah disiarkan dalam majalah manga shōnen (lelaki remaja) milik Shueisha, Shōnen Jump Mingguan dari Ogos 2001 hingga Ogos 2016 , dengan bab-babnya dikumpul dalam 74 jilid tankōbon. Siri ini telah melahirkan francais media yang merangkumi siri televisyen anime yang dihasilkan oleh studio Pierrot yang berpangkalan di Tokyo dari 2004 hingga 2012, dua episod animasi video asli (OVA), empat filem cereka animasi, sepuluh pementasan muzikal dan pelbagai permainan video, serta banyak jenis barangan berkaitan Bleach. Sebuah filem aksi langsung Jepun yang diterbitkan oleh Warner Bros. ditayangkan pada 2018.
Di Amerika Utara, manga telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Inggeris oleh Viz Media pada tahun 2004. Mereka telah mengeluarkan jilid jilid terkumpul dan menerbitkan bab-babnya dalam majalah Shonen Jump mereka dari November 2007 sehingga keluaran akhir majalah itu pada April 2012.
Bleach menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-50 untuk kategori shōnen pada tahun 2005. Manga itu mempunyai lebih 130 juta jilid tankōbon dalam edaran di seluruh dunia pada 2022, menjadikannya manga terlaris yang kedua belas dalam sejarah.