Boccia

Boccia
Badan induk tertinggiBISFed
Ciri-ciri
Jantina bercampurYes
JenisLuar atau dalam
Kemunculan
Sukan ParalimpikWujud sejak temasya 1984

Boccia ialah sejenis sukan bola yang dikhususkan bagi orang kelainan upaya. Nama sukan ini terbit daripada istilah Latin bagi "bola" – bottia.[1] Sukan ini dimainkan oleh para atlet dengan kecacatan ketara, dan dipertandingkan dalam kejohanan tempatan hingga tahap antarabangsa, dan merupakan salah satu sukan-sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Pada awalnya, sukan ini dikhususkan kepada atlet dengan palsi serebrum, tetapi kini dimainkan oleh atlet dengan sebarang kecacatan pada kemahiran motor badan. Boccia menjadi sukan Paralimpik sejak 1984, dan setakat 2020, 75 buah pertubuhan boccia negara telah menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang ada.[2] Kini, boccia dikawal oleh Persekutuan Sukan Antarabangsa Boccia (BISFed). Bersama dengan goalball, sukan boccia hanya dipertandingkan dalam sukan Paralimpik tanpa penganjuran serupa dalam sukan Olimpik.

  1. ^ "Boccia - factfile". www.bbc.co.uk/bitesize. Dicapai pada 13 September 2021.
  2. ^ "Boccia | IPC". Paralympic.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-07. Dicapai pada 2013-05-25.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne