Boeing 747 | |
---|---|
Perawan Atlantic Airways Boeing 747-400 | |
Peranan | Pesawat jet berbadan lebar |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Boeing Commercial Airplanes |
Penerbangan pertama | 9 Februari 1969[1] |
Pengenalan | 1970 dengan Pan Am dan TWA[1] |
Status | Aktif |
Syarikat penerbangan utama | British Airways Japan Airlines Korean Air Cathay Pacific |
Dikeluarkan | 1969-kini |
Jumlah dibina | 1,458 setakat Disember 2012[kemas kini][2] |
Kos unit | 747-100: US$24 juta (1967) 747-200: US$39 juta (1976) 747-300: US$83 juta (1982) 747-400: US$228–260 juta (2007) 747-8I: US$351.4 juta[3] 747-8F: US$352 juta |
Variasi | Boeing 747SP Boeing VC-25 Boeing 747-400 Boeing 747-8 Boeing 747 LCF |
Boeing 747 adalah pesawat komersial berbadan lebar dan pesawat pengangkut kargo, sering dikenali sebagai Jumbo Jet (Jet Jumbo) atau Queen of the Skies (Ratu Langit). Ia antara pesawat paling dikenali dunia,[4] dan merupakan pesawat berbadan lebar pertama dihasilkan. Dihasilkan oleh unit pesawat komersial Boeing di Amerika Syarikat, versi original 747 adalah dua kali setengah saiz Boeing 707,[5] satu daripada pesawat komersial besar biasa pada 1960an. Penerbangan secara komersial pada 1970, 747 memegang rekod kapasiti penumpang selama 37 tahun.[6]
Pesawat empat enjin 747 menggunakan konfigurasi dua dek untuk sebahagian daripada panjangnya.
747-400, the most common passenger version in service,adalah antara pesawat terpantas dalam perkhidmatan dengan kelajuan subsonik tinggi Mach 0.85–0.855 (sehingga 570 mph, 920 km/j). Ia mampu terbang antara benua sejauh 7,260 batu nautika (8,350 mi atau 13,450 km).[7] 747-400 versi penumpang mampu menampung 416 penumpang dalam tiga kelas, 524 penumpang dalam konfugirasi dua kelas, atau 660 penumpang dalam konfugirasi satu kelas.[8] Versi terbaru pesawat, 747-8, adalah dalam pengeluaran dan menerima perakuan pada 2011. Penghantaran 747-8F versi kapal pengangkut pada pelanggan pelancaran Cargolux bermula pada Oktober 2011; penghantaran 747-8I passenger versi penumpang kepada Lufthansa bermula pada Mei 2012. 747 ini bakal diganti oleh Boeing Y3 (sebahagian daripada Boeing Yellowstone Project) pada masa depan.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 747_O_D_summ
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Disc_Chan_747
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 747sp