Botani ialah kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Sebagai satu cabang biologi, botani kadangkala dirujuk sebagai sains tumbuhan atau biologi tumbuhan. Botani merangkumi berbagai-bagai disiplin saintifik yang mengkaji struktur, pertumbuhan, pembiakan, metabolisme, perkembangan, penyakit, ekologi, dan evolusi tumbuhan. Istilah "botani" datangnya dari perkataan Yunani kuno βοτάνη (botanē) yang bermaksud "padang rumput", "herba", "rumput" atau "makanan binatang". βοτάνη sebaliknya ialah kata terbitan βόσκειν (boskein), iaitu "memberi makan" atau "melepaskan binatang untuk makan".