Bront Palarae

Bront Palarae
บรอนต์ ปาลาเร่
Kelahiran
Nasrul Suhaimin bin Saifuddin

(1978-09-27) 27 September 1978 (umur 46)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit, pengacara
Tahun aktif2001–kini
PasanganRozi Izma (k. 2013)
Anak-anak1

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (Bahasa Thai: บรอนต์ ปาลาเร่;[1] lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis dan pengacara televisyen Malaysia.[2] Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kushairi & The Velveboys (2001) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3 Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), Bunohan dan Jiwa Taiko (2012), PSIKO: Pencuri Hati (2013), Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014) dan Terbaik dari Langit (2014), Ola Bola (2016), Kau Takdirku (2017) dan MALBATT: Misi Bakara (2023).

Bront Palarae memulakan kerjaya antarabangsanya pada tahun 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[3] Beliau juga aktif mencipta nama sebagai pelakon di negara jiran, Indonesia.[4][5][6]

  1. ^ "ไม่สูญเปล่า "บรอนต์ ปาลาเร่" นักแสดงมาเลเซีย ฝึกพูดไทยตั้งแต่เด็ก" [Pelakon Malaysia Bront Palarae tidak sia-sia belajar bahasa Thai semasa kecil]. ไทยบันเทิง (dalam bahasa Thai). Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai. 10 Julai 2024. Dicapai pada 2024-08-03.
  2. ^ Chua, Dennis (22 September 2013). "Man for all roles". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2014. Dicapai pada 26 January 2014.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  4. ^ Georgie Joseph (27 Januari 2020). "Bina nama di seberang". Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  5. ^ Cik Pang (8 September 2019). "Bront makin laris di Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  6. ^ Ramlah Zainal (18 November 2017). "Kian menyerlah di seberang". Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne