Budak Serigala, Ame dan Yuki

Budak Serigala Ame dan Yuki
Jepunおおかみこどもの雨と雪
HepburnŌkami Kodomo no Ame to Yuki
Poster menunjukkan wanita memuda memangku dua kanak-kanak kedua-duanya dengan ekor dan telinga serigala berdiri di padang rumput redup dengan matahari mula bersinar. Di bahagian atas judul filem, ditulis dalam tulisan putih Jepun manakala slogan pula ditulis dalam huruf biru. Di bahagian bawah poster ialah tarikh penerbitan filem dan kredit pengeluaran.
Poster pawagam Jepun
PengarahMamoru Hosoda
Lakon layarSatoko Okudera
Mamoru Hosoda[1]
Cerita olehMamoru Hosoda
Dihasilkan olehYuichiro Saito
Takuya Ito
Takashi Watanabe
DibintangiAoi Miyazaki
Takao Osawa
Haru Kuroki
Yukito Nishii
Disunting olehShigeru Nishiyama
Muzik olehTakagi Masakatsu
Syarikat
penerbitan
Studio Chizu
Madhouse
Diedarkan olehToho
Tarikh tayangan
  • 25 Jun 2012 (2012-06-25) (France)
  • 21 Julai 2012 (2012-07-21) (Japan)
Masa tayangan
117 minit
NegaraJepun
Bahasabahasa Jepun
Pecah panggung$53,923,613[2]

Budak Serigala Ame dan Yuki (Jepun: おおかみこどもの雨と雪, Hepburn: Ōkami Kodomo no Ame to Yuki) ialah filem animasi Jepun 2012 yang diarah dan ditulis bersama oleh Mamoru Hosoda.[3][4] Filem ini dibintangi oleh suara-suara Aoi Miyazaki, Takao Osawa, Haru Kuroki dan Yukito Nishii. Kisah animasi ini mengenai seorang ibu muda yang terpaksa untuk membesarkan dua orang kanak-kanak serigala jadian selepas bapa mereka meninggal dunia.

Untuk menghasilkan filem ini, pengarah Hosoda menubuhkan Studio Chizu yang menghasilkan bersama filem ini dengan syarikat Madhouse. Yoshiyuki Sadamoto, pereka watak bagi Fushigi no Umi no Nadia (1990) dan Neon Genesis Evangelion (1995), mecipta watak-watak untuk filem ini. Filem Budak Serigala Ame dan Yuki mula tayang di Premiere Dunia di Paris pada 25 Jun 2012, dan telah ditayangkan di pawagam pada 21 Julai 2012 di Jepun.[5] Filem ini dilesenkan oleh Funimation Entertainment di Amerika Utara dan diterbitkan dalam bentuk DVD dan Blu-ray pada 23 November 2013.[6] Filem ini telah ditayangkan di United Kingdom pada akhir bulan Oktober 2013 dengan edisi DVD dan Blu-ray Deluxe / DVD oleh Manga Entertainment pada 23 Disember 2013.

  1. ^ "staff". Dicapai pada 27 November 2013.
  2. ^ Okami kodomo no ame to yuki (2012). Boxofficemojo.com. Retrieved on 2014-05-12.
  3. ^ "Summer Wars' Mamoru Hosoda Creates Anime Film for July". Anime News Network. 2011-12-13. Dicapai pada 2012-01-17.
  4. ^ "Ame & Yuki Film by Summer Wars' Hosoda Slated for July 21". Anime News Network. 2012-01-16. Dicapai pada 2012-01-17.
  5. ^ "Paris to Host World Premiere of Mamoru Hosoda's Ame & Yuki Film". Anime News Network. Dicapai pada 2012-05-30.
  6. ^ "Funimation to Release Wolf Children, Toriko on Home Video". Anime News Network. Dicapai pada 14 October 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne