Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sungai Besar | |
Dalam jawatan 18 Jun 2016 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Noriah Kasnon |
Digantikan oleh | Muslimin Yahaya |
Majoriti | 9,191 (PRK 2016) |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Panjang | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mohamed Khir Toyo |
Digantikan oleh | Mohd Imran Tamrin |
Majoriti | 2,183 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sungai Besar, Selangor, Malaysia | 11 Mac 1972
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Norma Aida Abdullah |
Anak | Aida Jasmin Kirana |
Pekerjaan | Ahli politik Aktivis belia |
Datuk Dr. Budiman Mohd Zohdi (lahir 11 Mac 1972) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, DUN Selangor dan juga bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, DUN Selangor yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama campuran dalam Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang dilantik pada 9 November 2016 menggantikan Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh. Berkhidmat sehingga 9 November 2018. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa